Seekor Kumbang & Seekor Rama-Rama.

Hari pertama masuk ke Institut Profesional Baitulmal. Semasa pendaftaran aku beratur dibahagian hadapan sekali. Aku memakai sepasang baju kurung batik berwarna pink. Sungguh comel. Oh perasan sungguh diriku. Ah aku pedulik apa. Pada mulanya, aku tidak mahu tinggal diasrama. Hmm. Rahsia..... Aku takut pada hantu. Alaaaa jangan lah bagitahu sesiapa. Ini rahsia kita! Mama telah dipengaruhi oleh seorang makcik yang menyuruh aku tinggal diasrama. Hatiku berasa sungguh kucar kacir, hendak saja ku sekeh makcik tu. Tapi tidak berdaya. Aku tahan. Aku pun setuju dengan katanya dan mama. Kemain kelam kabut aku ketika itu....... Penat. Hari yang seterusnya semuanya seperti biasa. Orentasi untuk pelajar baru. Kena bangun seawal lima pagi. Aku dengan roommates selalu lambat. Kami tak kisah. Lantak p lah.

Pada malam kebudayaan. Aku tertarik dengan seorang lelaki yang ber-sajak dipentas. Lunak suaranya. Boleh lah masuk pertandingan sajak. Aku terima. Serious. Aku mengintainya. Hihihihi. Gatai juga aku ni. Dapat usha dari jauh pun jadi lah. Betul, dia buat saya tertarik dengannya. Senyum kambing.

Hari terakhir sesi orentasi aku dan rakan-rakan kena berjumpa dengan seorang lecturer. Kami dibahagikan kumpulan masing-masing. Tetiba namaku disenaraikan dengan nama dia. Omg. Tarik nafas, lepas... Tuhan je tahu apa yang saya rasa. Tak boleh nak kata dekat sini. Malu. Tutup muka. Enough is enough. Kami kena memperkenalkan nama dengan nama yang klasik. Contohnya "Good Tikah". Dia memberi namanya, "Hey Radzi". Alahai. Aku punya lah fikir nama apa aku nak letak. Kemain senang lagi dia letak nama dia centu. Aku pun apa lagi, letak ah "Ladies Intan", mula-mula aku rasa gementar. Rasa malu sangat. Gemuruh semua cukup. Tetiba ada orang kata, "Sesuai dengan nama tu." Aku pandang orang yang bercakap tu, rupa-rupanya dia. Apa lagi. Berbunga-bunga lah hati ini. Tetiba lecturer itu menyuruh kami membahagikan kumpulan 1 dan 2. Dia mendapat kumpulan 2. Aku punya lah excited dan berharap aku mendapat kumpulan 2 juga dan tetiba "Yesssssss! Aku dapat kumpulan 2 sama dengan dia. Hehehe.", bisik hatiku yang gatai nak mampus. 

Setelah dibahagikan, kami kena mengetengahkan 'University' or 'Sekolah'. Kumpulan 2 mendapat 'University'. Aku memilih untuk menulis. Nak tahu kenapa? Sebab aku nak bercakap dengan orang yang bagi pendapat.... dan dia orang yang banyak bagi pendapat. Bijak idea aku. Hehehehe. Mula lah sesi perkenalan si kumbang dan si rama-rama..... Peace. Oh ye, sebelum terlupa. Dia kan kan kan kan, ambil buku aku masa tu. Nak tahu tak dia tulis apa? Jeng jeng jeng. Dia tulis....

Hey Radzi
Nama; Mohd Radzi bin Darus
Facebook; MohdRadziDarus
Twitter; MohdRadziDarus
No.Phone; 01x-xxxxxxx/01x-xxxxxxx

Dia yang gatai ke aku yang gatai sebenarnya ni? Okay. Dia pun suka aku kot, kata hatiku. Angkat kening. What should i do? Oh shakalakalakala. Nice is nice. Aku dan dia menjadi kawan baik. Pada mulanya aku tidak menyangka yang dia pun sebenarnya sukakan aku juga. Kenapa lah tak beritahu pada awal? Takde lah aku jual mahal dekat dia. Haih. Saja je nak menyusahkan diri. Tapi okay juga lah. Aku nampak sikit orang yang berusaha nak jadikan aku kekasihnya. Bukan? 

Aku tahu saat dia betul-betul tunjuk yang dia suka dekat aku semasa kami pergi ke Genting Highlands, dan dia jatuh hati padaku. Aku baring diatas dada burungnya itu. Aku kata dekat kawan kami "Alif, you know what. Radzi heart beats fast. Hahahaha". Dia berdebar masa aku baring atas dadanya. Aku dengar sendiri. Hmm. Senyum kambing lagi.

Akhirnya kami hidup bersama. Sekarang ini, saya bahagia. Kami tak pernah bergaduh besar. Setakat bergaduh manja tu pernah lah. Bermanja... Tak salah. Kan? Ehem. Tak sangka. Kami berkawan selama 5 bulan dan baru kami mendapat tahu sebenarnya kami suka antara satu sama lain. Serious tak sangka. Jap. Pegang dada. Terharuuuuu. Kesat airmata. Hahahaha. Papeje ah. Itu saja cerita saya dan dia. Sekian. Assalammualaikum xx