Its My Life.

Bismillahirahmanirahim xx
 Assalamualaikum. Permulaan cerita yang sungguh indah, dimulakan dengan niat yang cukup sempurna untuk menyampaikan sesuatu yang terhias cantik di lubuk hati. Terfikir sejenak apa yang sedang bermain difikiran awak yang sedang membaca coretan saya ini? Mungkin awak juga tertanya-tertanya apakah yang saya cuba sampaikan, bukan? Haaaa. Tangan kebahu mata keatas. Kisah pula saya. Sungguh dramatik. 

Cenggini ah. Saya nasihat awak terlebih dahulu, mohon jangan baca previous yang lama. Sedih. Kisah yang lama usah dikenang. Mungkin dulu saya bahagia, tetapi sekarang saya jauh lebih bahagia. Ingat. Tak semuanya kekal dalam dunia ini. Melainkan dia adalah takdir kita. Saya terima takdir saya, ikhlas. 




Dia. Berkemungkinan besar takdir saya. Saya harap dia kekal dihati saya. Selamanya. Jujur saya kata, dia yang terindah jika dia di taman dalam hati saya. Kalau boleh, saya cuma nak dia datang kerumah saya membawa ahli keluarganya berjumpa ahli keluarga saya. Mungkin besar permintaan saya. Tetapi itu akan mengeratkan lagi hubungan kita. Malah keluarga kita. Fuh. Awal lagi buat kita untuk saya berkata tentang ini. Saya cuma memastikan awak milik saya dan saya juga milik awak. Tiada yang lain. Melainkan mati sahaja yang dapat memisahkan kita. 

Jangan pernah hilang kepercayaan awak kepada saya. Awak hanya akan mengecewakan saya. Bukan mudah saya lupakan. Sekali awak tak percaya saya, selamanya saya ingat. Sayang, Mohd Radzi Darus.