Aku kembali ke dunia realiti \\ Far away

((Hampir lima bulan tidak post. Jadi ini lah masanya))

Aku hanya insan biasa tatkala semua orang lain sedang bergembira aku sedang bersedih, tatkala orang lain sedang bersedih aku bergembira. Tak semua orang memahami apa yang kita rasa. Hanya Dia sahaja yang mengetahui. Dia yang maha besar. 

Alhamdulillah, aku masih hidup dimuka bumi ini. Aku masih boleh membuat orang disekelilingku tersenyum. Melihat telatah mereka membuat hatiku bersorak gembira. Aku tidak menyangka sudah sembilan belas tahun aku membesar dimuka bumi. Banyak yang aku telah tempuhi. Dan aku tahu banyak lagi yang aku kena tempuhi. Aku tahu aku boleh hadapinya. Dengan izinNya.


Mohd Radzi bin Darus

Pada tanggal 27 April 2012, kami berkenalan hingga ke hari ini. Aku percaya padanya. Aku tahu dia takkan tinggalkan aku begitu sahaja. Sudah hampir setahun kami berkenalan. Tak sangka. Masa berlalu dengan pantas. Segala rintangan kami lalui bersama. Dan hanya Dia dapat pisahkan kita.

Selama lima bulan. Bermacam-macam perkara terjadi kepada kami. Semuanya kerana duit, duit, dan duit (sigh) Sampai ada satu tahap terpaksa duduk di tengah-tengah kotaraya sampai pukul 7 pagi semata-mata tunggu duit daripada seseorang kerana tidak mempunyai duit langsung hendak pulang kerumah. Itu tersangat perit buat kami. Aku tidak pernah mengalami kejadian seperti itu sebelum ini. Tapi sekarang sudah ok, kami sudah jalani kehidupan seperti biasa. Bagi aku, itu yang terakhir. Tapi jika terjadi kembali, aku akan harunginya juga. Hm. Tak mungkin aku lupakan semua itu.

//I'd never let you go sweetheart, no matter what happens im still lovin' you.

Ha lagi satu, aku sudah menjumpai mamanya, kini giliran dia pula untuk menjumpai abahku. Hehe abah sudah memberi 'greenlight' tapi dia mesti jumpa abah. Dia orang pertama yang abah ingin sangat berjumpa. Taktahu kenapa. Mungkin abah tahu yang anaknya yang kecik malah comel((true)) ini semakin meningkat dewasa. 

Mungkin.


Last but not least, mungkin aku pernah jatuh tersungkur kerana cinta dipermainkan. Tetapi aku tetap bangun untuk mencari cinta yang sebenar. Dia yang dulu mungkin baik tetapi jika baik kenapa ditinggalkan? Ah itu semua menipu. Yang baik tidak selalunya baik tetapi yang jahat tak mungkin tiada niat untuk yang jadi yang lebih baik. Untuk pengetahuan semua, Radzi yang terbaik daripada sebelum ini.

//Ingat, orang yang dianiaya doanya makbul. Fikirkan lah. 

Assalamualaikum.


((Based on true story of my life))