Hi, Saya kembali.

Hi Babyblogger.
Ah dah lama tak update blog woi. Kesian kau blog dah berhabuk agaknya ni. Fuh fuh fuh! Maaf lah ye? Aku terlalu  mementingkan laman muka buku tu. Alah alah sekali sekala en? Watlek je ok.

Pertama sekali, aku nak meng-wish ulang bulan dengan Dii. Kami dah dua bulan. Yeay yeay! sungguh tidak kusangka. Huahua. Aku harap Allah s.w.t memanjangkan hubungan kami hingga ke akhir hayat. Amin.

Tetapi, kitaorang selalu gaduh sekarang. Ok, aku yang salah. Aku pentingkan diri walaupun dekat sini aku tipu. Aku taktahu lah apa salah aku en, tapi aku tahu aku ada buat salah. Perangai aku pelik sekarang. Kenapa eh? Huh. Nevermind. Diri aku, buat apa tanya orang.

Keduanya, aku ingin mengatakan aku sedang menghadapi Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia. Alah yang untuk tingkatan 5 tu. Hmmmm. Setakat ni aku dah dapat kertas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dah Sains. Alhamdulillah semuanya Lulus. Markah? Dirahsiakan. Hihi. Janji lulus yedok? Haaa. Ok nanti SPM sebenar aku buat lah yang terbaik. Mama minta 5A's. Insya-Allah anak mama ni akan usahakannya. Oh ye lagisatu, mama punya birthdays sama dengan tarikh SPM sebenar iaitu pada 14 November. Aku harap aku dapat banggakan mama. Insya-Allah.

Untuk kawan-kawan yang menghadapi peperiksaan percubaan pada masa sekarang, semoga berjaya. Peace. Dan tidak lupa juga kpd pelajar PMR, semoga berjaya woi. Buat yang terbaik. Weleh weleh, PMR baru. Hikhok.

Okay, sampai disini sahaja lah jalan ceritanya. Tamat. Assalammualaikum. Tak jawab berdosa. Bye. Hihi.

No comments: