Harga sebuah kesabaran.

Kesempatan yang ada belum tentu lagi dihargai. Apabila kesempatan itu ditarik, barulah diri tersedar daripada khayalan dan hati mula memberontak. Salah siapa kesempatan yang ada tidak dihargai? Kenapa harus menyalahkan masa yang terlalu singkat.

Jika sayangkan seseorang hargailah sebuah kesempatan yang ada. jangan sia-siakan masa yang ada. Jadikan sebuah kenangan yang terindah. bukannya kenangan yang hanya mampu menyalahkan diri sendiri kerana tidak menghargai masa-masa yang ada.

Kenapa begitu sukar untuk kau menghargai peluang yang aku beri. Aku tidak tahu sampai bila kau akan tersedar bahawa setiap langkah yang kau ambil sekarang banyak mempengaruhi hubungan kita. Jika diikutkan hati, mahu sahaja aku menjerit biar satu dunia tahu bahawa aku sayang padamu.

Entah bila semua ini akan berakhir. Yang pasti jika antara kita tiada jodoh, aku tidak akan terkilan kerana perkara ini sudah dapat dijangkakan. Biarpun jauh kau pergi, aku tetap mendoakan yang terbaik buat kau.

No comments: