Perkenalan kami di Facebook. Permulaannya kami cuma hanya sekadar kawan. Dia menegur aku di IM chat dengan berkata 'Hi' dan aku membalasnya dengan berkata 'Hi'. Dia pun meneruskan lagi perbicaraan kami untuk mengenali hati budi masing-masing. Dia bertanya 'Apa khabar?'. Heh membosankan pertanyaannya. Aku pun menjawab 'Suratkhabar'. Dia terus menerus melayan dengan bertanya 'Metro ke Kosmo?'. Disitu dia mula menarik perhatian aku. Aku mula ketawa. Aku menjawab 'Utusan Malaysia'. Ok. Aku cukup tertarik dengan sikapnya yang suka melayan aku. Kami baru berkenalan tetapi seperti sudah lama mengenali sesama. Hairan.
Dia menceritakan kisah dia dan Ex dia dulu. Rindulah apalah. Aku pun cool, dengarkan saja ceritanya. Selepas itu kami menukar number. Aku mengatakan 'Text lah kalau tak malu'. Aku pun membiarkan saja. Keesokkan harinya dia text. Betul lah dia takmalu. Haishhh.
Aku memanggilnya dengan nama singkatan #DR dan dia pula memanggil dengan namaku #INS.
Serious kami seperti sudah lama mengenali. Dia sangat sweet. Bukan sweettalker. Alaaaaaaa. Sweet yg macam gegula lolipop tu. Manis sekali. Aku mula merasakan dia adalah kawan terbaik aku sampai bila-bila.
01.07.2011
Aku amat menyukai tarikh ini. Tarikh yang sangat bermakna buat diriku. Aku menyayangi dirinya teramat sangat. Tuhan sahaja yang tahu bertapa sayangnya aku kepadanya.
-Bermulanya dari seorang kawan kini menjadi hak milik dan Insya'allah ianya akan berkekalan.
Itu doa kita kan sayang? Semoga Allah mendengarnya. Amin!
Saya sayang awak, Ahmad Zuhdi ♥
No comments:
Post a Comment